Privacy Notice
Introduction
The Personal Data Protection Act 2010 (hereinafter referred to as “PDPA”), which regulates the processing of personal data in commercial transactions, applies to the YNC Business Consulting Sdn. Bhd. (“YNC”, “we”, “our” and “us”). This Privacy Notice (“Notice”) will inform you of your rights with regards to your personal data that has been and/or will be, collected and processed by us. By providing your personal data to us, you declare that you have read and understood this Notice and agree to us processing your personal data.
Sources of personal data
Your personal data is and will be collected from various sources, including information that you have provided us, information from third parties and information in the public domain.
Purposes for collection of personal data
YNC will use and process your personal data, for the following purposes including but not limited to:
- to provide services to you;
- to improve our products and services;
- for internal record keeping, maintenance of customer database and customer service related processes;
- for billing and accounting purposes;
- for administrative purposes;
- for contact purposes;
- to respond to your enquiries;
- for marketing and providing you with regular communications relating to the products and services provided by YNC;
- to administer your participation in any program organized by YNC; and
- for any other purpose that is incidental or ancillary or in furtherance to the above Purposes.
Data security and integrity
YNC has reasonable security procedures in place to protect information from loss, misuse, unauthorised or accidental access or disclosure, alteration or destruction. Despite YNC’s best efforts, however, security cannot be absolutely guaranteed against all threats.
Disclosure
We will not share your personal data with third parties, except as necessary for our legitimate business purposes, in response to your requests, and/or as required or permitted by laws and regulations. We will not transfer your personal data to third parties for direct marketing purposes.
What rights you have over your data
You reserve the rights:
- to request access to personal data held by us;
- to request correction of personal data which seems to be inaccurate or misleading; and
- to request to limit processing of your personal data by withdrawing consent given previously.
Changes to Privacy Notice
YNC reserve the right to modify, update and/or amend this Notice from time to time to reflect the changes in law, business practices, procedures in YNC and the community’s changing privacy expectations. While it is not generally feasible to notify you of the changes to this Notice, the latest version of this Notice will be made available on our website at www.yncconsulting.com.my. In the event of any inconsistency or conflict between the English version and the Bahasa Malaysia version of this Notice, the English version shall prevail.
Inquiries
If you would like to make any enquiries relating to your personal data, you may contact through email at info@yncconsulting.com.my.
Notis Privasi
Pengenalan
Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (selepas ini dirujuk sebagai “PDPA”), yang mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial, terpakai kepada YNC Business Consulting Sdn. Bhd. (“YNC”, “kami” dan “kita”). Notis Privasi ini (“Notis”) akan memaklumkan anda mengenai hak-hak anda berkenaan dengan data peribadi anda yang telah dan/atau akan dikumpulkan dan diproses oleh kami. Dengan memberikan data peribadi anda kepada kami, anda mengisytiharkan bahawa anda telah membaca dan memahami Notis ini serta bersetuju untuk kami memproses data peribadi anda.
Sumber Data Peribadi
Data peribadi anda dikumpulkan dan akan dikumpulkan daripada pelbagai sumber, termasuk maklumat yang anda berikan kepada kami, maklumat daripada pihak ketiga, dan maklumat dalam domain awam.
Tujuan Pengumpulan Data Peribadi
YNC akan menggunakan dan memproses data peribadi anda untuk tujuan berikut termasuk tetapi tidak terhad kepada:
- untuk menyediakan perkhidmatan kepada anda;
- untuk memperbaiki produk dan perkhidmatan kami;
- untuk rekod dalaman, penyelenggaraan pangkalan data pelanggan dan proses berkaitan perkhidmatan pelanggan;
- untuk tujuan pengebilan dan perakaunan;
- untuk tujuan pentadbiran;
- untuk menghubungi anda;
- untuk memberi maklum balas terhadap pertanyaan anda;
- untuk tujuan pemasaran dan menyediakan komunikasi berkala mengenai produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh YNC;
- untuk menguruskan penyertaan anda dalam mana-mana program yang dianjurkan oleh YNC; dan
- untuk tujuan lain yang berkaitan atau menyokong atau selaras dengan tujuan di atas.
Keselamatan dan Integriti Data
YNC mempunyai prosedur keselamatan yang munasabah untuk melindungi maklumat daripada kehilangan, penyalahgunaan, akses atau pendedahan yang tidak dibenarkan atau tidak sengaja, pengubahsuaian atau pemusnahan. Walaupun YNC berusaha sebaik mungkin, keselamatan tidak dapat dijamin sepenuhnya terhadap semua ancaman.
Pendedahan
Kami tidak akan berkongsi data peribadi anda dengan pihak ketiga, kecuali jika perlu untuk tujuan perniagaan yang sah, sebagai tindak balas kepada permintaan anda, dan/atau seperti yang dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang dan peraturan. Kami tidak akan memindahkan data peribadi anda kepada pihak ketiga untuk tujuan pemasaran langsung.
Hak Anda Terhadap Data Anda
Anda berhak untuk:
- membuat permohonan untuk mengakses data peribadi yang disimpan oleh kami;
- membuat permohonan untuk membetulkan data peribadi yang didapati tidak tepat atau mengelirukan; dan
- membuat permohonan untuk mengehadkan pemprosesan data peribadi anda dengan menarik balik persetujuan yang telah diberikan sebelum ini.
Perubahan kepada Notis Privasi
YNC berhak untuk meminda, mengemas kini dan/atau mengubahsuai Notis ini dari semasa ke semasa sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam undang-undang, amalan perniagaan, prosedur di YNC dan jangkaan privasi masyarakat yang berubah. Walaupun secara amnya sukar untuk memaklumkan anda tentang perubahan kepada Notis ini, versi terbaru Notis boleh didapati di laman web kami di www.yncconsulting.com.my. Sekiranya terdapat sebarang perbezaan atau konflik di antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia di dalam Notis ini, versi Bahasa Inggeris harus diterima.
Pertanyaan
Jika anda ingin membuat sebarang pertanyaan ke atas data peribadi, anda boleh menghantar pertanyaan anda melalui e-mel kepada kami di info@yncconsulting.com.my.
